PENGENALAN
EBOOK mengandungi 150 halaman ini
sememangnya dihasilkan khusus untuk mereka yang hendak belajar menulis
novel dan bercita-cita menjadi novelis supaya nama mereka sebaris dengan
mereka yang sudah menempa nama di bidang ini. Ebook Cara Mudah Menulis
Novel (CMMN) ini dihasilkan dengan bahasa yang mudah supaya senang
difahami.
Selain itu contoh-contoh juga disediakan
supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas. Ebook ini dibahagikan
kepada tiga bahagian di mana pada setiap bahagian terdapat judul-judul
yang mengandungi maklumat berguna untuk dipraktikkan.
BAHAGIAN PERTAMA
SELAIN
pengenalan, pembaca akan diterangkan bagaimana bidang penulisan ini
jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh ia boleh menyumbangkan
pendapatan sampingan daripada royalti yang diterima setelah novel
diterbitkan. Diterangkan juga mengapa ramai di kalangan remaja gemar
membaca novel ketika mengisi masa terluang atau satu kemestian untuk
memiliki novel karya penulis idola mereka.
Industri
novel yang sedang pesat sekarang menyaksikan banyak novel diterbitkan di
pasaran. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada yang
mempunyai bakat untuk menyerlahkan bakat mereka.
Kepada
mereka yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel dan
ingin membuktikan kemampuan mereka, inilah masanya untuk berbuat
demikian. Peluang tersedia di hadapan mata, mengapa harus dilepaskan
peluang itu?
Ia juga akan menjadi penanda aras sama
ada saudara berkemampuan atau tidak membuktikan kebolehan saudara
menjadi pengarang atau tidak. Jika
ini kali pertama saudara
menghasilkan novel, ia juga merupakan satu ujian sama ada saudara mampu
menarik khalayak peminat saudara atau tidak.
Ramai
juga yang berpendapat, menanti kehadiran novel sulung ibarat menantikan
kelahiran seorang cahayamata sulung bagi pasangan yang sudah
berumahtangga.
Apabila kita menulis novel, kita juga
perlu mengkaji apakah yang sebenarnya pembaca mahu. Oleh kerana pembaca
mempunyai selera yang berbeza-beza, menjadi tugas penulis untuk
menghasilkan novel yang mampu memenuhi impian mereka. Jika saudara sudah
mempunyai khalayak pembaca saudara sendiri, apakah cara yang terbaik
supaya mereka terus meminati karya saudara itu. Semua ada diterangkan di
bahagian pertama ebook ini.
BAHAGIAN KEDUA
PADA
bahagian kedua ini, pembaca akan didedahkan kepada 26 tajuk yang
kesemuanya berupa panduan yang mengandungi maklumat berguna. Ia
menerangkan cara menghasilkan novel bermula dari A – Z.
Di
sini, saya akan terangkan secara ringkas judul-judul penting yang
wajib diikuti ketika menulis novel. Judul-judul di bahagian kedua ini
juga akan diselitkan dengan contoh agar pengajaran menjadi lebih mudah
dan berkesan.
Di antara judul-judul itu ialah:
• Definisi novel
Sebelum
melarikan pena menghasilkan ayat pertama di dalam novel, saudara akan
diperkenalkan dengan novel dan cerpen kerana ia merupakan dua bidang
yang berbeza. Ada novel sejarah, novel remaja, novel kanak-kanak, novel
Islami dan pelbagai lagi.
• Tema
Isi
di dalam judul ini penting untuk diambil perhatian. Sebelum menulis
novel, saudara harus memastikan apakah tema yang akan ditulis. Contohnya
novel yang bertemakan kekeluargaan, sejarah, perjuangan, sosial,
keagamaan dan sebagainya.
• Plot
Plot
ialah peristiwa yang disusun dan peristiwa dengan peristiwa yang lain
itu saling berkaitan dan ia berlaku kerana adanya sebab dan akibat.
Oleh
itu setiap peristiwa yang hendak ditimbulkan mestilah bersebab dan ada kaitan dengan cerita.
• Watak
Bagaimana mahu menampilkan watak utama dan watak pembantu? Bagaimana juga mahu memperkenalkan watak dan perwatakan? Ingin
memperkenalkan watak, banyak caranya. Di antaranya dengan meneliti cara watak bertindak, berfikir, gerak laku dan sebagainya.
Perwatakannya
begaimana pula, adakah ia seorang yang sombong, ego, pemalas,
pendendam, bengis, rakus dan sebagainya. Ebook ini akan menerangkan
segalanya di bawah tajuk mengenali watak dan perwatakan.
• Latar
Setiap
plot di dalam novel harus mempunyai latarnya. Ia ibarat ‘parking’ bagi
sebuah kereta ketika mana kereta itu berada. Jika berada di dalam
bangunan, di manakah kereta itu berada? Di tempat letak kereta bawah
bangunan atau di luar bangunan?
Latar pula dibahagi
kepada beberapa jenis. Di antaranya latar tempat, latar waktu, latar
masa dan waktu dan latar persekitaran. Apakah bezanya di antara latar
yang disebutkan itu?
Sementara itu, di dalam novel, ada dua latar yang mesti ada:
Pertama: Latar masa keseluruhan cerita. Contohnya, zaman sekarang atau zaman selepas perang atau sebelum perang.
Kedua: Latar belakang sesuatu peristiwa.
• Sudut pandangan
Sudut pandangan dibahagi kepada empat:
1. Sudut pandangan orang pertama.
2. Sudut pandangan orang serbatahu.
3. Sudut pandangan peninjau
4. Sudut pandangan objektif.
• Gaya bahasa
Pembaca
akan diterangkan bagaimana mahu mengolah novel dengan bahasa yang
mudah difahami pembaca. Ebook ini akan menjelkaskan kepada pembaca.
• Mendapatkan bahan menulis
Pelbagai
cara dijelaskan bagaimana mahu mendapatkan bahan untuk menulis novel.
Satu daripadanya cerita yang dialami diri sendiri, orang lain atau dari
keratan akhbar dan sebagainya.
• Menulis sinopsis
Ini
merupakan satu judul yang penting. Sinopsis merupakan cerita
keseluruhan novel yang sedang ditulis. Contoh menulis sinopsis juga
disediakan kepada pembaca. Sinopsis hanya sebagai panduan supaya
memudahkan penulis menulis mengikut aliran cerita yang disediakan.
• Menulis rangka cerita
Sesudah
menulis sipnopsis, kini giliran untuk menulis rangka cerita berdasarkan
sinopsia tadi. Contoh rangka cerita juga disediakan untuk lebih
difahami.
• Menulis novel mengikut kerangka cerita
Daripada
kerangka cerita yang sudah disediakan, kini tiba giliran pula untuk
memulakan kerja menulis novel bermula dengan Bab satu dan seterusnya.
• Jadual menyiapkan novel
Setelah
kesemuanya saudara fahami dan kerja menulis sudah dimulakan, satu
perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai target m,enyiapkan
novel.
Apa juga pekrjaan, kita mesti menetapkan waktu
untuk menyiapkannya, begitu juga dengan menulis novel. Di dalam ebook
ini sudah disediakan satu judul sebagai panduan supaya kerja-kerja
menulis tidak terencat di pertengahan jalan.
BAHAGIAN TIGA
Pada
bahagian ini, diterangkan secara ringkas, apakah yang perlu dilakukan
oleh penulis setelah manuskrip novel disiapkabn. Sama ada saudara mahu
menerbitkan
sendiri, dihantar ke penerbit novel atau mahu menjadikan enovel dan
dijual melalui laman web. Itu terpulang kepada saudara.
KELEBIHAN MEMILIKI EBOOK CMMN
1. Mengapakah ebook ini perlu saudara miliki?
Ebook
ini akan membantu saudara menghasilkan novel berpandukan panduan,
maklumat dan contoh yang disediakan. Oleh itu memilikinya bukan satu
kerugia, Ia ibarat ilmu tidak akan hilang selagi saidara mahu
mengamalkannya.
2. Saudara tidak perlu membuang masa
mencari maklumat di Kedai-kedai buku, di internet dan mengumpulkan satu
persatu kerana ebook ini akan menjelaskan segala-galanya mengenai novel.
3.
Sebelum ini belum ada ebook yang memberikan panduan dan maklumat
bagaimana cara yang lebih efisyen untuk menghasilkan novel. Ebook ini
akan membuka kunci permasalahan anda selama ini.
4.
Saudara akan dibimbing sehingga saudara sekurang-kurangnya menghasilkan
satu bab daripada novel yang akan saudara hasilkan. Ini sebagai
komitmen kami yang tidak mahu anda berasa sia-sia memiliki ebook ini.
Untuk
lebih jelas mengenai isi kandungan ebook ini secara terperinci,
layarilah: http://muhd nasruddin.wordpress.com dan milikilah ebook ini.
Setelah
saudara membaca prebiu ebook percuma ini, terpulanglah kepada saudara
sama ada saudara mahu memiliki ebook yang hanya berharga RM 40.00 sahaja
ditambah pula saudara akan mendapat bonus sebuah ebook percuma berjudul Panduan Menulis Novel Berdasarkan Kisah Benar.
CARA BAYARAN MENGGUNAKAN BANK IN
Akaun Maybank
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 162115976283
Akaun CIMB
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 1277-0002240-207
Selepas saudara bank in ke akaun di atas, sila emailkan butiran anda.
Nama Penuh: Tarikh:
Alamat lengkap: Masa:
Alamat e-mail anda: Tempat:
Jumlah yang dibank in RM 40.00
No. Telefon Bimbit:
Emailkan butiran di atas ke alamat : mnasd_326@yahoo.com
SMS atay WhatsApps ke No. 013-3635560
Sebagai
penutup, jika saudara mahukan kejayaan, ia harus dilakukan dengan
pengorbanan. Pengorbanan wang ringgit dan masa. Semua orang yang
berjaya, mereka mengamalkan apa yang disebutkan tadi.
Bertindaklah sekarang! Keputusan di tangan saudara.
No comments:
Post a Comment